Didalam jadual berikut, dinyatakan sejarah kejayaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif UKM ke ICQCC. ICQCC singkatan bagi International Convention on Quality Control Circle merupakan persidangan tahunan antarabangsa yang berprestij untuk bidang Quality Control Circle. Setiap tahun, hanya sepuluh pasukan terbaik sektor awam peringkat ICC kebangsaan layak untuk mewakili Malaysia didalam Konvensyen tahunan ICQCC tersebut. Tahniah UKM.
13 November 2015
05 November 2015
UKM menempa kejayaan di Konvensyen Team Excellence, Annual Productiviti and Inovatif Conference (APIC 2015)
Kumpulan Sinaran dari Jabatan Radiologi HCTM PPUKM telah menempa kejayaan yang cemerlang dengan memenangi Anugerah Emas 3 Bintang dan memenangi 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam di Konvensyen Team Excellence, Annual Productiviti and Inovatif Conference (APIC 2015) peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Sunway Convention Center pada 2-4 November 2015. Kejayaan ini sekali gus melayakkan kumpulan Sinaran untuk mewakili Malaysia di International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada tahun 2016.
Turut mendapat kejayaan yang membanggakan didalam konvensyen tersebut adalah kumpulan One Step dari Jabatan Kewangan, HCTM PPUKM yang memenangi Anugerah Emas 3 Bintang dan Kumpulan B-Factor dari Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM PPUKM yang memenangi anugerah emas 2 Bintang.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Keterlibatan UKM yang mewakili Malaysia didalam ICQCC yang akan datang ini adalah kejayaan buat kali ke-7 berturut-turut sejak tahun 2010. Semoga UKM akan terus mengekalkan momentum dan mencipta kejayaan didalam program amalan kualiti “Team Excellent” pada masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)