29 April 2015

Majlis jamuan makan meraikan kejayaan cemerlang kumpulan KIK UKM

Majlis jamuan makan tengah hari meraikan kejayaan cemerlang kumpulan KIK UKM semasa konvensyen KIK peringat Universiti Awam Malaysia:

Tarikh: 28 April 2015
Hari: Selasa
Masa: 12.00 tengahari - 2.00 petang
Tempat: Begonia Coffee House, Puri Pujangga, UKM.

Majlis jamuan makan tengah hari telah dikelolakan oleh Pendaftar UKM, Pn. Asmahan Musa. Semua kumpulan yang mewakili UKM didalam konvensyen KIK peringkat Universiti telah dijemput bersama-sama dengan Jawatankuasa KIK PPUKM untuk diraikan didalam majlis ini. Ianya telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan & Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar.






17 April 2015

Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam 2015

Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam 2015 telah berlangsung pada:

Tarikh: 14-16 April 2015
Hari: Selasa-Khamis
Tempat: Univeristi Sains Islam Malaysia

UKM telah menghantar sebanyak 3 kumpulan, Satu kumpulan dari kategori pengurusan dan dua kumpulan dari kategori teknikal. Berikut adalah kejayaan yang telah dicapai oleh kumpulan KIK dari UKM:

Kumpulan Sinaran - Jabatan Perkhidmatan Radiologi Pusat Perubatan UKM
- Anugerah Emas 
- Juara Kategori Teknikal
- Juara Keseluruhan

Kumpulan B-Factor - Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik
- Anugerah Emas 
- Juara Kategori Pengurusan

Kumpulan Paradigm - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan
- Anugerah Emas
- Anugerah Inovasi Terbaik

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Teruskan usaha dan kegigihan dimasa akan datang.