29 January 2014

PENDAFTARAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) TAHUN 2014

Pendaftaran untuk Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) tahun 2014 sedang dibuka pada ketika ini. Sila daftarkan kumpulan dari jabatan anda secepat mungkin. Berikut adalah surat yang telah diedarkan untuk makluman semua:
Semua Dekan / Pengarah / Ketua Bahagaian
Fakulti / Institut / Pusat / Bahagian
Universit Kebangsaan Malaysia.
Y. Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
PENDAFTARAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) TAHUN 2014 
Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas. 
2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti akan mengadakan program di bawah Pengurusan Kualiti Menyeluruh untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Antaranya ialah dengan penubuhan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di mana projek setiap kumpulan ini dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang dijangka akan diadakan pada September 2014. 
3. Sehubungan itu, mohon kerjasama Y. Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan untuk menubuhkan kumpulan tersebut. Bersama-sama ini disertakan Borang Pendaftaran KIK seperti di lampiran yang perlu dikembalikan ke bahagian ini selewat-lewatnya pada 31 Mac 2014 untuk tujuan pendaftaran.
4. Setiap kumpulan dibenarkan mempunyai tidak lebih daripada 10 ahli (termasuk ketua kumpulan) dan seorang fasilitator. Semua ahli kumpulan dan fasilitator yang berdaftar akan ditawarkan untuk mengikuti bengkel. 
Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM) di talian 03–8921 3026.
Surat jemputan:
https://www.facebook.com/download/268810613287423/Jemputan%20KIK%202014.pdf

Borang penyetaan:
https://www.facebook.com/download/603671543040738/Pendaftaran%20KIK.pdf

Borang penyertaan yang lengkap boleh diserahkan kepada En. Faizor (PPUKM) dalam kadar segera. Selamat mendaftar dan selamat maju jaya.

10 January 2014

Mesyuarat AJK KIK 2014

Mesyuarat AJK KIK 2014 telah diadakan pada 10 Januari 2014