30 September 2013

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (Peringkat Penapisan) Tahun 2013 UKM

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (Peringkat Penapisan) Tahun 2013 UKM akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh : 21 - 22 Oktober 2013 (Kategori Pengurusan)
Tempat : Puri Pujangga, UKM.

Masa persembahan dihadkan selama 20 minit dan 10 minit masa untuk soal jawab bersama dengan cadangan penambahbaikan oleh panel. Hanya 30 minit dihadkan untuk sebuah kumpulan. Hanya 5 kumpulan akan dipilih untuk menyertai peringkat seterusnya.

Kumpulan yang bertanding bagi kategori teknikal pula akan secara automatik menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Tahun 2013 UKM yang akan diadakan pada bulan November.

16 September 2013

Konvensyen "ICC - Team Excellence" peringkat kebangsaan

Konvensyen "ICC - Team Excellence" peringkat kebangsaan diadakan pada:

Tarikh: 2-4 Oktober 2013
Tempat: Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang.

Terdapat 3 kumpulan telah mewakili UKM bagi konvensyen yang telah diadakan. Berikut adalah senarai kumpulan yang akan mewakili UKM dalam konvensyen yang akan diadakan:

1. Kumpulan Mediprima (Jabatan Rekod Perubatan, PPUKM)
2. Kumpulan Charge v2 (Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, UKM)
3. Kumpulan Permadi (Jabatan Makmal Diagnostik, PPUKM)

Semoga semua kumpulan beroleh kejayaan yang membanggakan.

09 September 2013

Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif PPUKM Bil 4/2013

Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif PPUKM Bil 4/2013 akan diadakan pada:

Tarikh: 28-29 September 2013 (Sabtu hingga Ahad)
Tempat: Sukmaria, PPUKM.

Sukacita di maklumkan untuk semua kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk KIK pada tahun ini untuk menyertai bengkel yang akan diadakan. Kumpulan perlu menyediakan dan membentangkan 'slide presentation ' mengenai projek kik yang dijalankan sekurang-kurangnya sehingga tamat projek.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai bengkel yang diadakan, sila maklumkan kepada Puan Mardeyah Hashim (5068). Semoga bengkel pada kali ini akan dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.