18 October 2012

Keputusan Konvensyen National Inovative Creative Circle (NICC) 2012


Keputusan Konvensyen National Inovative Creative Circle (NICC) 2012
Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Mediprima - Jabatan Maklumat Kesihatan, Kumpulan BenuaCIPTA - Jabatan Radiologi dan Kumpulan Uniti - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya memenangi anugerah 3 bintang dalam National Convention in Quality Control Circle (Peringkat Kebangsaan). 

Kumpulan Mediprima juga telah berjaya menjadi 10 kumpulan terbaik dan dipilih untuk mewakili Malaysia didalam konvensyen ICQCC yang akan diadakan di Taiwan pada 22-25 Oktober 2013 nanti. Kejayaan ini merupakan satu bukti jelas dalam peningkatan dan pengekalan kejayaan untuk aktiviti KIK di Pusat Perubatan UKM. Berikut adalah sejarah kumpulan KIK dari PPUKM yang telah berjaya mewakili negara diperingkat antarabangsa dalam aktiviti KIK ini:

2010 - Kumpulan Advance - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan. (Di adakan di Hendrabat, India) 
2011 - Kumpulan BenuaCIPTA - Jabatan Perkhidmatan Radiologi, (Di adakan di Yokohama, Jepun)
2012 - Kumpulan Sinaran - Jabatan Perkhidmatan Radiologi. (Di adakan di Kuala Lumpur, Malaysia.)
2013 - Kumpulan Mediprima - Jabatan Maklumat Kesihatan. (Akan diadakan di Taipei, Taiwan.)

Semoga kejayaan ini akan membakar semangat semua kakitangan di PPUKM untuk terus berusaha bagi mengekalkan kejayaan yang cemerlang seumpama ini. Konvensyen selama 2 hari ini berlangsung dari 16-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua kumpulan.

16 October 2012

Keputusan Konvensyen ICQCC (Peringkat Antarabangsa) 2012

Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Sinaran - Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya memenagi anugerah 3 bintang dalam International Convention in Quality Control Circle Peringkat Antarabangsa. Kumpulan Sinaran yang dipilih untuk mewakili Malaysia bagi stream F ini mempersembahkan projek yang bertajuk "Reducing Dose Reduction in Mobile Radiography Examination". 

Semoga kejayaan ini akan membakar semangat semua kakitangan di PPUKM untuk terus berusaha bagi mengekalkan kejayaan yang cemerlang seumpama ini. Konvensyen selama 4 hari ini berlangsung dari 14-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre.


13 October 2012

Pra Konvensyen KIK Peringkat UKM - Kategori Teknikal


Pra Konvensyen KIK Peringkat UKM telah diadakan pada:

Tarikh: 12-13 Oktober 2012
Masa: 8.30-1.00 petang
Tempat: Hotel Royal Bintang, Seremban, Negeri Sembilan.

Pra Konvensyen KIK Peringkat UKM ini diadakan untuk memilih 4 buah kumpulan dari kategori teknikal untuk menyertai Konvensyen KIK Peringkat UKM bagi tahun 2012 yang akan diadakan pada 29 November 2012 nanti.

Berikut adalah empat buah kumpulan yang telah berjaya terpilih untuk menyertai Konvensyen KIK Peringkat UKM pada tahun ini bagi kategori teknikal:

1. Kumpulan Permadi - Jabatan Makmal Diagnostik, Pusat Perubatan UKM.
2. Kumpulan Viser - Jabatan Makmal Diagnostik, Pusat Perubatan UKM.
3. Kumpulan Exotic - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, Pusat Perubatan UKM.
4. Kumpulan ChargerV2 - Fakulti Kejuruteraan UKM.

Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang telah terpilih bagi menyertai konvensyen KIK pada kali ini.

07 October 2012

Pra Konvensyen KIK Peringkat UKM

Pra Konvensyen KIK Peringkat UKM telah diadakan pada:

Tarikh: 5-6 Oktober 2012
Masa: 8.30-1.00 petang
Tempat: Hotel Royal Bintang, Seremban, Negeri Sembilan.

Pra Konvensyen KIK Peringkat UKM ini diadakan untuk memilih 4 buah kumpulan dari kategori pengurusan untuk menyertai Konvensyen KIK Peringkat UKM bagi tahun 2012 yang akan diadakan pada 29 November 2012 nanti. 

Berikut adalah empat buah kumpulan yang telah berjaya terpilih untuk menyertai Konvensyen KIK Peringkat UKM pada tahun ini bagi kategori pengurusan:

1. Kumpulan Mediprima - Jabatan Maklumat Kesihatan, Pusat Perubatan UKM.
2. Kumpulan Sinaran - Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM.
3. Kumpulan Refelsia - Pusat Endoskopi, Pusat Perubatan UKM.
4. Kumpulan Gracias - Jabatan Bendahari, UKM Bangi.

Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang telah terpilih bagi menyertai konvensyen KIK pada kali ini.


03 October 2012

National ICC Convention 2012 (NICC 2012)


National ICC Convention 2012 (NICC 2012) akan diadakan pada:

Tarikh: 15 - 17 October 2012
Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Kumpulan Mediprima dari Jabatan Maklumat Kesihatan, Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Radiologi,  dan Kumpulan Uniti dari Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, Pusat Perubatan UKM telah berjaya dipilih untuk menyertai konvensyen yang akan diadakan ini. Selamat maju jaya untuk semua...

International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2012


International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2012 akan diadakan pada:

Tarikh: 14 - 17 October 2012
Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Kumpulan Sinaran dari Jabatan Radiologi PPUKM telah berjaya dipilih untuk mewakili Malaysia didalam konvensyen yang akan diadakan ini. Kumpulan akan membentangkan projek yang bertajuk "High scattered radiation during mobile radiography examination"... Tahniah di ucapkan.