16 July 2012

Klinik Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pusat Perubatan Ukm Bil 2/2012


Dimaklumkan bahawa Klinik KIK Bil 2/2012 bagi semua kumpulan KIK PPUKM 2012 akan diadakan bermula pada 25 JULAI 2012 hingga 13 OGOS 2012. Tujuan Klinik KIK ini adalah untuk melihat status perkembangan projek KIK selepas Bengkel KIK Bil 3/2012 yang lalu. 

Dilampirkan jadual Klinik KIK tersebut untuk perhatian dan tindakan semua Kumpulan KIK PPUKM 2012. Sehubungan dengan itu, tuan/puan  sebagai  Fasilitator/Ketua Kumpulan KIK adalah diharapkan dapat bersedia bersama ahli kumpulan di Jabatan masing-masing pada jam 10.30 pagi pada tarikh yang telah ditetapkan. 

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi saya di talian 5885 atau Pn Habsah Aziz di talian 6748. Perhatian dan kerjasama dari Tuan/Puan bagi menjayakan Klinik KIK ini amatlah dihargai


Keputusan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Yang Ke-25 Peringkat Negeri Selangor

Tahniah - Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (Kik) Yang Ke-25 Peringkat Negeri Selangor Bagi Sektor Awam Tahun 2012

Tahniah kepada Kumpulan MEDIPRIMA dari Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM yang mewakili Kumpulan KIK UKM bagi Kategori Pengurusan dan Kumpulan BENUA CIPTA dari Jabatan Radiologi,  PPUKM yang mewakili Kumpulan KIK UKM bagi Kategori Teknikal. Kedua-dua kumpulan ini berjaya mendapat tempat Ketiga bagi Kategori Pengurusan dan tempat Kelima bagi Kategori Teknikal. 

Konvensyen telah diadakan pada:
Tarikh: 10-11 Julai 2012
Hari: Selasa-Rabu
Tempat: Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam Selangor.

Syabas !

(Adaptasi dari buletin ewarga UKM)