Dimaklumkan bahawa Klinik KIK Bil 1/2012 bagi semua kumpulan KIK PPUKM 2012 akan diadakan bermula pada 7 hingga 15 Mei 2012. Tujuan Klinik KIK ini adalah untuk melihat status perkembangan projek KIK selepas Bengkel KIK Bil 2/2012 yang lalu.
Dilampirkan jadual Klinik KIK tersebut untuk perhatian dan tindakan semua Kumpulan KIK PPUKM 2012. Sehubungan dengan itu, tuan/puan sebagai Fasilitator/Ketua Kumpulan KIK adalah diharapkan dapat bersedia bersama ahli kumpulan di Jabatan masing-masing pada jam 11 pagi atau 3 petang pada tarikh yang telah ditetapkan.
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi saya di talian 5885 atau Pn Habsah Aziz di talian 6748. Perhatian dan kerjasama dari Tuan/Puan bagi menjayakan Klinik KIK ini amatlah dihargai