
Sukacita dimaklumkan bahawa Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM telah dipilih untuk dicalonkan bagi kategori 'Competition' di Konvensyen QCC Peringkat Antarabangsa (ICQCC) 2011. Konvensyen ini merupakan satu platform pengiktirafan di peringkat Antarabangsa untuk 'International Search for Most Outstanding QCC Projects 2011'.
Jemputan ini adalah berdasarkan pencapaian kumpulan BenuaCIPTA yang telah disenaraikan dalam Anugerah 10 Terbaik bagi sektor yang dipertandingkan di Konvensyen ICC Kebangsaan yang telah diadakan.
Maklumat Konvensyen adalah seperti berikut:
Tarikh: 11-14 September 2011
Tempat: Pacifico Yokohama, Japan.
Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan BenuaCIPTA, selamat maju jaya kepada semua.