21 February 2010

Konvensyen KIK Peringkat IPTA 2010


Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat IPTA kali ke-6 telah diadakan pada 18-20 Febuari 2010 di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

UKM telah diwakili oleh 4 kumpulan:
Kategori Pengurusan
1. KUMPULAN FARSIS, Jabatan Farmasi, PPUKM.
2. KUMPULAN PROTAG, Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Kategori Teknikal
1. KUMPULAN CHARGE, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM.
2. KUMPULAN BENUA CIPTA, Jabatan Radiologi, PPUKM.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memenangi JOHAN KESELURUHAN sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat IPTA Kali ke-6 ini dengan mengalahkan sepuluh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain. Antara anugerah lain yang diterima oleh UKM adalah seperti berikut :

Johan Keseluruhan dan Johan Kategori Teknikal
Kumpulan CHARGE dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,UKM

Naib Johan Kategori Teknikal
Kumpulan BENUA CIPTA dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM

Anugerah Fasilitator Terbaik
Puan Farizah Ansarudin (Kumpulan Charge)

Dua puluh (20) IPTA terlibat dalam konvensyen KIK yang diadakan pada tahun ini. Namun hanya sebelas (11) pasukan IPTA yang bertanding. Mereka ialah dari Universiti Sains Malaysia selaku tuan rumah, UKM, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis.

Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan ini.